KURNIAAN DARI-NYA..=)

Saturday, April 30, 2011

MALAM NI TAK DAPAT TIDOR........

SALAM......

sayu jer rasa hati malam ni......ingat kat arwah adik......pemergiannya amat mengejutkan.....hmmmmm....hari ni dah 2 minggu arwah pergi meninggalkan kami......ku tahu..Allah SWT lebih sayangkan arwah.....sebab tu dia pergi dulu.....

Air mata seorang ibu yang tak berhenti nak menitis...aku juga seorang ibu pasti dan nyata aku faham perasaannya......mak...sabarlah mak......kami ada di sisi untuk mak.......sayangg mak......hmmmmm....memang tak tahan tengok mak macam ni.....tapi ku tahu mak sabar dan tabah orangnya.......BacaanYassin tidak pernah ku lihat lekang di bibirnya....

Ayah......tangisnya tak nampak...tapi sayu di wajah takkan dapat nak di elak elak.....ayah demam sejak dapat berita adik dah tak ada......adik memang kesayangan ayah.....ayah selalu tanya adik kalu tak nampak adik.....ayah tak boleh jauh adik.....kami semua sedar semua tu........sabarlah ayah.......adik pergi sebab Allah SWT sayang adik....lebih dari kita sayang dia......

adikku wani......menangis sampai pagi.....dia memang rapat dengan arwah.....sebab tu dia jadi macam tu.......adikku yang manja ni memang mudah mengalir air mata.....sabarlah adik...kita semua akan pergi jua...cuma masanya kita sendiri tak tahu......

adikku siti.....lihatnya tabah tapi begitu jua.......bengkaknya mata memang ketara.....bukannya apa....baru je pagi tu hantar dia g kerja.....mau tak percaya abangnya dah tak ada.......

diriku....menjadi setabah yang mungkin.......dalam hati tak siapa yang tahu.....namun aku Redha.....dia adikku hingga akhir hayatku........sayang adik buat selama lamanya........

Arwah adik ada isteri dan 2 orang anak......kecik lagi 5 dan 6 tahun....sorang pempuan sorang laki.....kalu menangis mesti panggil ayah ayah.......hmmmm sedihh tau dengar macam tu......arwah adik sangat pemurah tidak pemarah ,sangat peramah...., suka membantu kawan yang kesusahan......hormat pada orang tua........

Si abang tanya " Ayah mana?"
ibu jawab "kerja jauh.....:"...ibu menyeka air mata yang jatuh tanpa dipaksa.....
si adik menjawab pula,"taklah ayah dalam kubur".....
si abang mencelah"Ayah dalam kubur.....orang pijak ayah (meratakan tanah atas kubur)...ayah sakit...."

itulah diolag yang sempat saya kongsikan bersama pembaca sekalian.......


Sayangnya pada adik....tetap teguh dik.....semoga adik bersama dikalangan orang orang yang beriman......amin..
Al Fatihah buat adikku......

MATI, PERINGATAN PENTING DIPINGGIRKAN MUSLIM

Dalam satu wasiat Nabi Muhammad s.a.w. kepada Ibnu Umar (Abdullah) r.a. berbunyi: "Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang musafir atau pun sebagai pengembara."

Huraiannya

Hadis ini menganjurkan kepada kita supaya sentiasa mengingatkan mati dan mengurangkan cinta keterlaluan terhadap dunia yang fana ini.

Ibnu Umar pernah berkata: Jika anda masih hidup pada waktu pagi, jangan tunggu hingga ke petang dan jika anda masih hidup pada waktu petang, jangan tunggu hinga ke pagi, sediakan dirimu pada masa hidup untuk bekalan waktu mati, dan pada masa sihat untuk bekalan waktu sakit.

Justeru, wasiat Nabi di atas sentiasa mengingatkan kita betapa kita bagaikan musafir yang sedang berlalu sementara di dunia ini, maka apakah persiapan bekalan yang telah kita buat bagi menghadapi Allah SWT pada hari yang penuh dengan persoalan di padang Mahsyar?

Kita tidak akan hidup kekal dan lama di dunia, oleh itu, jangan sekali-kali kita melakukan kejahatan. Jika kejahatan yang dilakukan boleh menyebabkan kita tidak mati, maka lakukanlah, tetapi kejahatan yang kita buat semasa hidup di dunia, kesemuanya akan ditayangkan semula di hadapan Allah oleh para jururakam di kalangan para Malaikat, walaupun kita telah melupakannya, tetapi Allah sekali-kali tidak demikian.

Mereka yang telah pun meninggal dunia dan mendapat seksa kubur, meraung-raung minta pertolongan daripada orang yang masih hidup, terutamanya ahli keluarga terdekat, apakan daya, kita tidak mendengarnya, maka yang dibawa oleh seseorang dalam alam kubur bersamanya ialah amalannya semasa hidup di dunia satu ketika dahulu, maka fikir-fikirlah...

Manusia hari ini enggan bercakap tentang mati

Ia terjadi kerana manusia pada hari ini tidak berapa mahu meletakkan urusan agama itu lebih penting daripada segala-galanya. Sebagai contoh, terkadang-kadang kita dapat lihat seorang Muslim itu dari agenda hariannya sebagai seorang yang beragama Islam, tetapi tidak berusaha untuk menampilkan diri dengan Islam itu sendiri.

Sejak mencelikkan mata bangun daripada tidur, paling tidak menunaikan solat Subuh, itupun bukan dalam keadaan berjemaah, sama ada di masjid, surau ataupun menjadi imam di rumah bersama isteri dan anak-anak.

Kalau pada hujung minggu, lepas solat tidur semula, tidak berapa terikat dengan kuliah subuh, pembacaan al-Quran, membaca zikir Ma’thurat, kaunseling diri, isteri dan anak-anak, atau apa sahaja yang boleh meningkatkan peristasi iman kepada Allah SWT.

Bangun selepas itu bersarapan pagi, kemudian ke pasar atau berjalan-jalan bersama keluarga ke tempat yang boleh menghilangkan rasa gundah seminggu di pejabat.

Tetapi persoalannya di sini, kenapa elemen-elemen agama tidak termuat dalam diari atau agenda harian hidup seseorang Muslim.

Apakah kita sudah rasa cukup dengan ilmu yang ada di dada mengenai ilmu-ilmu yang boleh mengingatkan kita kepada alam kematian?

Ilmu agama terakhir yang dipelajari mungkin semasa menduduki peperiksaan SPM beberapa tahun lalu di sekolah menengah, kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat M.A. atau PhD. Selepas daripada itu, menjawat jawatan mantap dengan gaji yang lumayan, sibuk dengan tugas harian yang akhirnya menjadikan diri teramat sibuk. Kuliah di pejabat pun tidak boleh hadir dan begitulah kuliah-kuliah yang disediakan di surau atau masjid berdekatan di rumah.

Hati menjadi keras

Rasulullah s.a.w. pada penghujung hayatnya, pernah memanggil menantu merangkap sepupu baginda iaitu Sayidina Ali bin Abi Talib. Baginda mewasiatkan kepadanya: Wahai Ali! Jika berlalu di kalangan orang Islam 40 hari (sahaja), mereka tidak hadir dan duduk dalam majlis ilmu (fardu ‘Ain), maka orang itu akan menghadapi dua akibat buruk. Pertama hatinya menjadi keras (sukar untuk menerima petunjuk llah atau segala kebaikan) dan kedua berani pula melakukan dosa-dosa besar.

Insan bernama Muslim hari ini tidak berapa mempedulikan persoalan agama mereka sendiri. Sudahlah tidak mahu jadi orang yang faham agama, melakukan dosa-dosa pula. Si suami membiarkan isteri keluar rumah tanpa berhijab (tudung kepala). Si ayah pula membiarkan anak gadis tidak berhijab dan menampakkan pusat-pusat mereka. Anak lelaki tidak mengnal huruf-huruf al-Quran dan ada yang tidak tahu mandi junub (hadas besar atau mandi wajib).

Kesemua itu adalah implikasi daripada tidak hadir dan duduk dalam majlis-majlis ilmu.

Ada antara para ibu bapa Muslim seronok melihat anak-anak mereka berjaya dalam bidang hiburan, daripada menyertai bidang nyanyian peringkat dewasa hinggalah ke peringkat bakat bintang kecil. Apa yang pasti penampilan anak-anak ini dengan pakaian yang tidak dibenarkan oleh hukum syarak, tetapi semua itu tidak dipedulikan oleh mereka yang bernama Islam.

Seolah-olah Islam tidak boleh dicakap-cakap jika hendak maju dalam pelbagai bidang dalam kehidupan dunia. Tetapi mereka lupa, bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda maksudnya, “Sesiapa yang mahukan kejayaan di dunia, mestilah dengan ilmu (agama), jika dia mahu kejayaan di akhirat juga mestilah dengan ilmu, dan jika mahu kedua-duanya sekali mestilah dengan ilmu.”

Apabila ilmu agama tidak menjadi teras dan sandaran dalam kehidupan orang Islam pada zaman ini. Maka mereka sebenarnya telah mengundang pelbagai masalah seperti terlibat dengan rasuah, keruntuhan moral serta harga diri, tidak berakhlak, meninggalkan solat, penagihan dadah, mentadbir negara bukan dengan hukum Allah, dan semua masalah itu tidak akan dapat diselesaikan kecuali menerima penyelesaiannya daripada Allah juga, iaitu pelaksanaan hukum-hukum Islam dan Sunnah (hadis) Nabi Muhammad s.a.w.

Tanpa pelaksanaan hukum-hukum Islam itu menandakan bahawa manusia menolak Allah yang telah menawarkan yang terbaik buat diri, keluarga, masyarakat dan negara mereka.

Mereka tidak akan bercakap mengenai mati, bekalan untuk hari akhirat, persoalan alam kubur apatah lagi mengenai nasib di penghujung hayat, sama ada boleh mengucap dua kalimat syahadah atau pun tidak, semua ini tidak ada dalam kamus kehidupan manusia hari ini, kerana mereka sudah semakin jauh daripada Allah walaupun mereka dilahirkan sebagai seorang muslim.

Penyelesaian masalah

Justeru bagi menyelamatkan diri selagi terdaya untuk dilakukan, maka renungilah empat perkara di bawah ini seperti yang pernah diperingatkan oleh Imam Al-Ghazali:

Pertama: Berurusanlah dengan Allah sepertimana kamu suka orang bawahanmu berurusan denganmu dengan cara yang terbaik.

Kedua: Setiap kali kamu bekerja dengan orang lain, perbuatlah sepertimana kamu mahu diperbuat ke atas diri kamu. Kerana tidak sempurna iman seseorang selagi mana dia tidak suka orang lain memperolehi sesuatu yang dia sendiri menyukainya.

Ketiga: Jika kamu mahu mempelajari sesuatu, pilihlah untuk mempeljari ilmu yang dapat memperbaiki hati dan memperbaiki jiwa dan sanubarimu.

Sekiranya kalau kamu tahu umurmu hanya tinggal seminggu sahaja lagi, sudah pasti kamu tidak akan memilih untuk mempelajari ilmu fiqh, tahudid, sirah, akidah dan sebagainya.

Dan mungkin juga kamu akan mengawasi hatimu dan berusaha melepaskannya dari belenggu dunia.

Kamu akan memperbaiki akhlakmu dan sibuk untuk beribadat kepada Allah SWT (selaku Penciptanmu) setiap saat.

Justeru, kamu mestilah sentiasa berakhlak mulia, kerana sesungguhnya kematian itu akan datang pada bila-bila masa sahaja.

Begitulah cuba kamu bayangkan, jika seorang pemimpin negara akan datang menziarahimu, sudah tentu kamu akan lakukan persiapan yang mantap, menghias rumah, memperbaiki mana-mana yang tidak betul dan bermacam-macam lagi.

Keempat: Janganlah mengumpul harta dunia lebih daripada keperluanmu untuk satu tahun.

Rasulullah s.a.w. sendiri menyediakan bekalan yang sebanyak itu sahaja untuk isteri-isteri baginda yang lebih kukuh imannya hanya dengan disediakan bekalan untuk sehari setengah sahaja. Bagi orang yang suka mengumpul harta hingga tidak sempat untuk menjenguk rumah Allah tujuan untuk beribadat kepada-Nya, maka orang itu akan disibukkan Allah SWT.

Renung-renungkanlah wahai saudara-saudaraku sekalian! – lanh 

Sumber: 
Ustaz Zain Hashim



NAK TAZKIRAH LAGI KLIK SINI

KISAH SUAMI YANG KEDEKUT.....BACA JANGAN TAK BACA




Sepasang suami isteri, dah lama kahwin tapi tak ada cahaya mata. Si suami teramatlah kedekut, bukan setakat taik idung masin, Taik mata pun ma sin gak. Salah satu xtvt tahunan mereka ialah mengunjungi satu pameran udara.

Tahun pertama , si isteri nak sangat naik sebuah pesawat ringan. Pergilah mereka berjumpa dengan pilot pesawat tu. "Encik, berapa saya kena bayar untuk menaiki pesawat ni?" tanya si suami. 

"Tak mahal encik, cu ma RM50 untuk satu pusingan" jawab pilot tu.

"Uuiishh.. mahalnya,tak jadi la saya nak naik" jawab si suami lalu menarik tangan isterinya berlalu dari situ.

"Alaa... abang ni, RM50 pun nak berkira, Setahun sekali je bang, dah lama saya nak naik pesawat camtu" rayu si isteri dengan nada manja dengan harapan si suami akan ubah fikiran.

"Jgn nak ngada2, RM50 tu banyak benda lain kita boleh beli"

Kecewalah si isteri atas sifat kedekut suaminya. Bukannya tak mampu,dlm bank melambak lagi duit dia.

Tahun kedua, mereka pergi lagi. Si isteri sekalilagi memujuk Suaminya untuk menaiki pesawat tu. Berjumpa lah mereka dengan pilot tu, pilot yg sama tahun lepas. Tapi kali ni, bayaranya dah jadi* *RM80...

Apa lagi sekali lagi kecewa lah si isteri tadi.


Tahun ketiga, mereka Pergi lagi... Si isteri tadi awal2 lagi dah pujuk si suami untuk menaiki pesawat ringan tu.

"Baiklah, kalau bayaranya kurang dr RM30, kita naiklah"kata suami yang membuatkan si isteri menarik muka ma am krn dia tahu bayarannya pasti akan meningkat lagi tahun ni.

Mereka menuju ke pesawat yang sa ma cam tahun lepas dan jumpa ngan pilot yang sama juga. Seperti yang dijangkakan, bayaranya dah jadi RM100.

Segeralah si suami menarik tangan isterinya berlalu dr situ. Si pilot td yang kesiankan si isteri yang saban tahun* *mengimpikan* *untuk menaiki pesawat tu memanggil mereka semula.

"Encik, berapa yang encik sanggup bayar?" 

"Aku cuma nak bayar bawah RM30 ajer" jawab si suami.

Setelah berfikir seketika, berkatalah si pilot tadi "Baiklah, Encik boleh naik pesawat tu dengan bayaran RM20 sahaja tapi dgn satu syarat"

Gembiralah si suami tadi, RM20 ajer "tapi apa syaratnya"


"semasa di udara, encik dan isteri encik tak boleh Mengeluarkan satu suara pun. Kalau bersuara juga, saya akan kenakan bayaran RM10 bagi setiap perkataan yang keluar dari mulut encik atau isteriencik" jawab pilot td sambil tersenyum.


"Baiklah saya setuju" jawab si suami dengan yakin bolehnya.

Maka, naiklah mereka akan pesawat tu. Pilot tadi pun ada niat lain sebenarnya. dia nak ajar si suami yang kedekut tadi.

Dia pun buat lah aksi2 acrobatik yang diakui membahaya.

Macam2 aksi dia buat, tapi hairan gak dia sbb suami isteri yang duduk kat belakang dia tak menjerit pun.

Dia cuba lagi buat aksi2 yang merbahaya, berpusing2 pesawat tu, tapi still senyap gak. Setelah muslihat dia tak berjaya, pilot tu pun mendaratkan lah pesawat dia.


Rasa rugi pulak sbb cuma boleh dpt RM20 ajer. Bila dah mendarat, Cuma si suami yang turun dari pesawat tu.

"Ehh? mana isteri encik?"tanya pilot tu terkejut.

"Dia dah jatuh masa kau pusing2 pesawat tadi"

"Hahh apasal tak cakap"

"Kalau aku cakap nanti kena tambah bayaran lak" jwb si suami

Sambil menghulurkan RM20 kepada pilot td dan terus berlalu...


WAJAH SEBENAR IKAN DUYUNG....YER KER?..DAN...SEJARAH IKAN DUYUNG.....HE HE


Salam para pembaca sekalian,..kita nak wat enty pasal ikan duyung.....dulu kawan kawan....panggil kita duyung sebabnya pandai berenang.....jadi sebab tu nama blog saya nie pon ada duyung2 jugak....macam2 gelaran diorang bagi...ada panngil kak cik (sebab kecik..)...si kenit.....si katik..(tapi comel sebenarnya....hu hu hu)apa apa lah....tapi duyung gak yang telinga nie cam tertarik jer dengar...


hmmm..Ikan Duyung??? Siapa yang tak kenal ikan duyung....yang kebiasaannya terkenal dengan kecantikkan. Menurut Lagenda, ikan  duyung adalah makhluk air yang memilikki kepala dan tubuhseorang perempuan dan ekor menyerupai ikan.Ikan duyung hidup di dasar laut dan dikatakan merupakan seorang puteri yang telah disumpah sebahagian anggota badannya dari aras pinggang hingga ke kaki menjadi ikan.
Cerita mengenai ikan duyung wujud dalam semua masyarakat di dunia.Ni kira ikan paling glamour dan paling menarik tertarik untuk kita pandang.....dengar je pun dah kita terbayang rupa spesis ikan ni.....sejauh mana kebenarannya kita pun tak tau.......dah nama pon lagenda.....hu hu.....
Dalam Mitologi Yunani, ikan duyung dikatakan selalu menggoda para pelaut yang lalai.Sesiapa yang tergoda tu mesti menemui ajalnya...Kenapa? Mengapa?.....tu pun kita tak tau jugak.....nanti kita 
cari lagi info tentang ikan duyung....


nie gambar ikan duyung, kalu rasa time tu nak makan...jangan tengok lah yer......tapi kalu korang nie memang jenis tahan iman...ceh ceh ceh....tengok je lah ye....


 ni ker rupa ikan duyung sebenar.......caya ker nieyhhh.......
kata orang mende nie palsu jer.........ishhhhh.....nampak cam betul jer kan.........hmmmmm


ok bagi saya sebelum apa apa pengesahan jangan kita mudah terpedaya dengan apa yang kita tengok nie....


ok..sekian
sumber dari dari wikipedia.....



Tuesday, April 26, 2011

AL -FATIHAH BUAT ADIKKU YG TERSAYANG



Al Fatihah buat adikku yang telah kembali ke rahmatullah pada 14 April 2011 bersamaan 10 Jamadilawal....
DIRIMU TETAP DI HATI.....
     

AL FATIHAH.....

kisahku di hari selasa.......Pencarian follower belum berakhir.....

Salam pembaca semua...saya masih mencari follower yang bertuah......tak cukup lagi no yang saya nak....
ada rezeki dapatlah orang yang bertuah tu dapat gift wat kenangan...
jadi saya amat menyeru para2 blogger sekalian untuk terus menerjah ke ruangan blog saya yang tak seberapa ini...
untuk makluman saya memang jarang2 ke udara....hu hu....(macam dj plak)
tapi saya hadir untuk semua......semoga dengan wujudnya blog2 nie kita dapat bertukar2 idea dan fikiran.....demi  MASA DEPAN NEGARA...(baca paper semalam...tak baca x taulah apa yang saya maksudkan...)
hmmm....tak tau plak nak taip aper....memandangkan anakku yang bernama nurul ain balqis...
dah mula melakonkan watak dia.....
lain kali kita jumpa lagi.....
akhir kata.....siapa2 yang nak singgah amat2lah dialu2kan......


Kita chit chat ....
NYANYI SKET......LAGU TIGA KUPANG...SAKU PENUH PADI......LA LA LA....

KELEBIHAN AYAT KURSI






Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w.. dengan segera
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.


Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya b ahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga
akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.


Mengikut keterangan dari kita b "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya
setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah,
dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua
orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang mem \bacanya sebanyak 50 kali lalu
ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan
akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w. bersabda bermaksud:


"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."


Sabda baginda lagi;


"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."


Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal
dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang di baca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda
berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu
eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda
sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah
mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.




Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang
lain.. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sem bahyang Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang
benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa
mem b aca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan
70,000 Mala ikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
Barang siapa mem b aca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi
pertolongan kepadanya Dari Abdullah bbin ' Amr r. a... , Rasullullah s.. a. w. b ersabda,


" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."


_______________________SUMBER DARI GOOGLE____________